GeneralUmum
BUDI MADANI is a Government initiative to provide RON95 petrol and diesel subsidies in a more targeted way to eligible Malaysians and eligible groups.
BUDI MADANI ialah inisiatif Kerajaan untuk menyalurkan subsidi bahan api petrol RON95 dan diesel secara lebih bersasar kepada rakyat Malaysia dan kumpulan yang layak.
The targeted RON95 petrol and diesel subsidy programme under BUDI MADANI will be fully implemented from 1 July 2026.
Program penyasaran subsidi bahan api petrol RON95 dan diesel di bawah BUDI MADANI akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Julai 2026.
BUDI MADANI consists of BUDI Rakyat, BUDI Agri-Komoditi and BUDI MySubsidi programmes. For individual customers at petrol stations, the main reference is BUDI Rakyat using MyKad.
BUDI MADANI merangkumi program BUDI Rakyat, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI MySubsidi. Untuk pelanggan individu di stesen minyak, rujukan utama ialah BUDI Rakyat melalui MyKad.
Eligible Malaysians can purchase RON95 petrol and/or diesel at the subsidised price set by the Government, subject to eligibility and monthly balance.
Rakyat Malaysia yang layak boleh membeli petrol RON95 dan/atau diesel pada harga bersubsidi yang ditetapkan oleh Kerajaan, tertakluk kepada kelayakan dan baki bulanan.
No. Customers still need to pay. BUDI MADANI allows eligible customers to buy RON95 petrol and/or diesel at a subsidised price; it does not provide free fuel.
Tidak. Pelanggan masih perlu membuat bayaran. BUDI MADANI membolehkan pelanggan yang layak membeli bahan api petrol RON95 dan/atau diesel pada harga bersubsidi, bukan mendapatkan bahan api secara percuma.
The unsubsidised price will be determined by the Ministry of Finance based on the Automatic Pricing Mechanism (APM). For the official/current price, please refer to Government channels.
Harga tanpa subsidi akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM). Untuk harga semasa/rasmi, sila rujuk kepada saluran Kerajaan.
EligibilityKelayakan
In general, Malaysian citizens with a MyKad and an active driving licence of the approved class/type are eligible to be considered for subsidised RON95 purchase.
Secara umum, warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad dan lesen memandu aktif bagi kelas/jenis lesen yang dibenarkan layak dipertimbangkan untuk pembelian RON95 bersubsidi.
Subsidised diesel is for registered owners of private individual diesel vehicles registered under their own name, with an active driving licence and valid road tax.
Pembelian diesel bersubsidi dikhususkan kepada pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian individu yang didaftarkan atas nama sendiri, mempunyai lesen memandu aktif dan cukai jalan yang sah.
No. For basic eligibility, the Government will cross-check data with relevant agencies such as Road Transport Department (JPJ) and National Registration Department (JPN). Customers may check their status on the official BUDI MADANI portal.
Tidak. Bagi kelayakan asas, data akan disemak silang oleh Kerajaan dengan pangkalan data agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pelanggan boleh membuat semakan di portal rasmi BUDI MADANI.
Customers can check their eligibility through the official BUDI MADANI portal at www.budimadani.gov.my or the eligibility check page provided by the Government at https://budidiesel.gov.my/.
Pelanggan boleh menyemak kelayakan melalui portal rasmi BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my atau melalui laman semakan kelayakan yang disediakan oleh Kerajaan di https://budidiesel.gov.my/.
The customer may contact the BUDI MADANI Service Centre at 1300-88-9595 or visit a National Information Dissemination Centre (NADI) for assistance to access the portal.
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI di 1300-88-9595 atau hadir ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk mendapatkan bantuan mengakses portal.
For customers who are not eligible, please follow up with the relevant agencies such as Road Transport Department (JPJ) or National Registration Department (JPN), or contact the BUDI MADANI Service Centre.
Bagi pelanggan yang tidak layak, sila buat tindakan susulan dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), atau hubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI.
No. Eligible individuals will receive one basic BUDI MADANI eligibility. Eligible private diesel vehicle owners may use that eligibility flexibly for RON95 and diesel.
Tidak. Individu yang layak akan menerima satu kelayakan asas BUDI MADANI. Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak, kelayakan tersebut boleh digunakan secara fleksibel untuk RON95 dan diesel.
No. BUDI MADANI eligibility is given to the eligible individual. Owning more than one vehicle will not double the monthly eligibility.
Tidak. Kelayakan BUDI MADANI diberikan kepada individu yang layak. Pemilikan lebih daripada satu kenderaan tidak menggandakan kelayakan bulanan.
No. BUDI MADANI eligibility is given to the eligible individual and cannot be transferred to another person.
Tidak. Kelayakan BUDI MADANI diberikan kepada individu yang layak dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.
Quota & LimitsKuota & Had
The basic eligibility stated by the Government is 200 litres per month, subject to the customer's eligibility and the Government's current implementation.
Kelayakan asas yang dinyatakan oleh Kerajaan ialah 200 liter sebulan, tertakluk kepada kelayakan pelanggan dan pelaksanaan semasa.
No. Unused eligibility balance will expire and will not be carried forward. Eligibility will be refreshed on the 1st day of every month.
Tidak. Baki kelayakan yang tidak digunakan akan lupus dan tidak dibawa ke bulan berikutnya. Kelayakan akan dikemas kini pada setiap 1 hari bulan.
There is no restriction on refuelling more than once a day. However, the Government will monitor usage patterns to prevent misuse.
Tiada sekatan pengisian lebih daripada sekali sehari. Namun, Kerajaan akan memantau corak penggunaan untuk mengelakkan penyalahgunaan.
Yes. Purchases using BUDI MADANI eligibility are subject to a maximum limit of RM250 per transaction.
Ya. Pembelian menggunakan kelayakan BUDI MADANI tertakluk kepada had maksimum RM250 bagi setiap transaksi.
Yes. If the eligibility balance has been fully used, the amount will be charged at the unsubsidised pump price.
Ya. Jika baki kelayakan telah habis, jumlah pembelian yang melebihi kelayakan akan dikenakan harga pam tanpa subsidi.
Yes. Eligible owners of private individual diesel jeep or pick-up vehicles may apply for an additional 100 litres through the official BUDI MADANI portal.
Ya, pemilik kenderaan diesel persendirian individu jenis jip atau pikap yang memenuhi syarat boleh memohon kelayakan tambahan 100 liter melalui portal rasmi BUDI MADANI.
Application is made through the official BUDI MADANI portal at https://www.budirakyat.gov.my/. The customer must log in using MyDigital ID, select the BUDI Rakyat menu, complete personal and vehicle details, select the justification and submit the application.
Permohonan dibuat melalui portal rasmi BUDI MADANI di https://www.budirakyat.gov.my/. Pelanggan perlu log masuk menggunakan MyDigital ID, pilih menu BUDI Rakyat, lengkapkan maklumat peribadi dan kenderaan, pilih justifikasi dan hantar permohonan.
No. The status will be automatically updated through weekly Road Transport Department (JPJ) data cross-checks after the road tax is renewed.
Tidak perlu. Status akan dikemas kini secara automatik melalui semakan silang data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara mingguan selepas cukai jalan diperbaharui.
Active e-hailing drivers and airport taxi drivers may receive tiered additional eligibility based on mileage recorded by the e-hailing operator. For technical checking, customers should refer to their E-Hailing Operator (EHO) or BUDI MADANI channels.
Pemandu e-hailing aktif dan teksi lapangan terbang boleh menerima kelayakan tambahan berperingkat berdasarkan jarak perjalanan yang direkodkan oleh pengendali e-hailing. Untuk semakan teknikal, pelanggan perlu rujuk E-Hailing Operator (EHO) atau saluran BUDI MADANI.
Applications for the additional 100L quota can be made via https://budidiesel.gov.my. Users must first log in using MyDigital ID before submitting the application.
Permohonan kuota tambahan 100L boleh dibuat melalui laman sesawang https://budidiesel.gov.my. Pelanggan perlu log masuk menggunakan MyDigital ID sebelum membuat permohonan.
Vehicles & MyKadKenderaan & MyKad
No. Petrol vehicle owners are only eligible to buy subsidised RON95 petrol. Subsidised diesel is only for eligible private individual diesel vehicle owners.
Tidak. Pemilik kenderaan petrol hanya layak membeli petrol RON95 bersubsidi. Diesel bersubsidi hanya untuk pemilik kenderaan diesel persendirian individu yang memenuhi syarat.
Yes. Eligible private individual diesel vehicle owners may use BUDI MADANI eligibility to buy RON95 petrol and diesel, subject to the monthly balance.
Ya. Pemilik kenderaan diesel persendirian individu yang layak boleh menggunakan kelayakan BUDI MADANI untuk membeli petrol RON95 dan diesel, tertakluk kepada baki bulanan.
Yes, if the customer has an active driving licence and meets the requirements, they may buy subsidised RON95 for a Malaysian-registered vehicle used for personal purposes.
Ya, jika pelanggan mempunyai lesen memandu aktif dan memenuhi syarat, pelanggan boleh membeli RON95 bersubsidi untuk kenderaan berpendaftaran Malaysia yang digunakan untuk tujuan peribadi.
No. Subsidised diesel purchase is only allowed for owners of private individual diesel vehicles registered under their own name and who meet the requirements.
Tidak. Pembelian diesel bersubsidi hanya dibenarkan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian individu yang berdaftar atas nama sendiri dan memenuhi syarat.
No. Customers may only use their own MyKad or an app that has completed e-Know Your Customer (e-KYC) under their own name. Using or borrowing another person's MyKad is not allowed.
Tidak. Pelanggan hanya boleh menggunakan MyKad sendiri atau aplikasi yang telah dibuat e-Pengenalan Pelanggan (e-KYC) atas nama sendiri. Penggunaan atau peminjaman MyKad orang lain adalah tidak dibenarkan.
Yes. They may use their own MyKad for the same vehicle, provided the MyKad owner is present and performs the transaction personally.
Ya, suami dan isteri boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk kenderaan yang sama, dengan syarat pemilik MyKad hadir dan membuat transaksi sendiri.
No. BUDI MADANI is only for Malaysian citizens using Malaysian-registered vehicles.
Tidak. BUDI MADANI hanya untuk warganegara Malaysia yang menggunakan kenderaan yang berdaftar di Malaysia.
Existing procedures still apply. Individuals may buy up to 20 litres of RON95 without bringing a vehicle. For higher quantities for specific purposes, a special Ministry of Domestic Trade and Costs of Living (KPDN) permit may be required.
Tatacara sedia ada masih terpakai. Individu dibenarkan membeli sehingga 20 liter petrol RON95 tanpa membawa kenderaan. Untuk kuantiti lebih tinggi bagi tujuan tertentu, permit khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mungkin diperlukan.
Payment & PurchasePembayaran & Pembelian
BUDI MADANI involves all petrol stations nationwide. All ofour stations can support transactions through the BUDI MADANI MyKad Terminal. Other methods depend on station readiness.
BUDI MADANI melibatkan semua stesen minyak di seluruh negara. Semua stesen miyak kami mempunyai keupayaan untuk melakukan transaksi melalui Terminal MyKad BUDI MADANI. Kaedah lain tertakluk kepada kesediaan stesen.
The methods stated by the Government include the BUDI MADANI MyKad Terminal, Oudoor Payment Terminal (OPT), TNG eWallet and oil company apps that support BUDI MADANI functions.
Kaedah yang dinyatakan oleh Kerajaan termasuk Terminal MyKad BUDI MADANI, Skrin Terminal Pam, TNG eWallet dan aplikasi syarikat minyak yang menyokong fungsi BUDI MADANI.
Customers present their MyKad to the station staff for eligibility verification. They then inform the staff of the purchase amount, make the payment, and the pump will be activated once the verification is successful.
Pelanggan kemukakan MyKad kepada kakitangan stesen untuk diimbas bagi pengesahan kelayakan. Seterusnya, pelanggan memaklumkan amaun pembelian, membuat pembayaran, dan pam akan diaktifkan setelah pengesahan berjaya.
Yes. For cash payment, MyKad verification is conducted inside the store using the identity card reader terminal. Customers may also pay by credit/debit card based on available facilities.
Ya. Bagi pembayaran tunai, pengesahan MyKad boleh dibuat di dalam kedai melalui terminal pembaca kad pengenalan. Pelanggan juga boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit/debit mengikut kemudahan yang disediakan.
Customer can still make purchases at the petrol station counter by verifying eligibility using the physical MyKad and paying by cash or credit/debit card.
Pelanggan masih boleh membuat pembelian di kaunter stesen minyak dengan mengesahkan kelayakan menggunakan MyKad fizikal dan membayar secara tunai atau kad kredit/debit.
No, if the customer has completed e-Know Your Customer (e-KYC) and eligibility checking through the app.
Tidak perlu, jika pelanggan telah melengkapkan e-Pengenalan Pelanggan (e-KYC) dan semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.
No. At present, payments via TNG eWallet must be made in full using TNG eWallet. Similarly, for cash transactions, payment must be made in full in cash.
Tidak. Buat masa ini, pembayaran melalui TNG eWallet perlu dibuat sepenuhnya menggunakan TNG eWallet. Begitu juga, bagi transaksi tunai, pembayaran hendaklah dibuat sepenuhnya secara tunai.
No. Payment must be made first before refuelling so that the price and subsidy eligibility can be determined accurately.
Tidak. Pembayaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pengisian minyak bagi menentukan harga dan kelayakan subsidi dengan tepat.
Customers are required to inform the station staff. The transaction will be finalised based on the actual amount dispensed, any excess payment will be refunded according to the original payment method, and the remaining eligibility balance will be returned to the system.
Pelanggan perlu memaklumkan kepada kakitangan stesen. Transaksi akan dimuktamadkan berdasarkan jumlah sebenar yang diisi, lebihan bayaran akan dipulangkan mengikut kaedah pembayaran asal, dan baki kelayakan akan dikembalikan ke dalam sistem.
The pump price may display the unsubsidised price based on the Automatic Pricing Mechanism (APM), while the receipt shows the BUDI MADANI price after Government subsidy.
Harga di pam memaparkan harga tanpa subsidi berdasarkan Mekanisme Penetapan Harga (APM), manakala harga di resit ialah harga BUDI MADANI selepas subsidi Kerajaan.
Small differences of up to 0.05 litres or RM0.02 may occur due to system rounding. If the difference is larger, customers should seek help from station staff.
Perbezaan kecil sehingga 0.05 liter atau RM0.02 mungkin berlaku disebabkan pembundaran sistem. Jika perbezaan adalah lebih besar, pelanggan perlu mendapatkan bantuan daripada kakitangan stesen.
Problems & ComplaintsMasalah & Aduan
Station staff will try to scan the MyKad up to three times. If it still fails, eligibility may be checked manually using the MyKad number at the available terminal. If the MyKad is damaged, the customer is advised to replace it atNational Registration Department (JPN).
Kakitangan stesen akan cuba imbas MyKad sehingga tiga kali. Jika masih gagal, kelayakan boleh disemak secara manual melalui nombor MyKad di terminal yang disediakan. Jika MyKad rosak, pelanggan dinasihatkan menggantikannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Each station operator has its own business continuity plan. For prolonged BUDI MADANI system issues, the customer may contact the Petroncare Customer Service Centre at 1300-22-8211 or email petroncare@petron.com.my.
Setiap pengendali stesen mempunyai pelan kesinambungan perniagaan masing-masing. Bagi isu teknikal sistem BUDI MADANI yang berpanjangan, pelanggan boleh hubungi Pusat Khidmat Petroncare di 1300-22-8211 atau email di petroncare@petron.com.my
Customer is required to provide the purchase receipt, reference number, station name and address.
Pelanggan perlu menyediakan resit pembelian, nombor rujukan, nama dan alamat stesen.
No. For BUDI MADANI fuel purchases, only the physical MyKad is accepted for identity verification. Customers must apply for MyKad replacement at National Registration Department (JPN)
Tidak. Untuk pembelian bahan api melalui BUDI MADANI, hanya MyKad fizikal diterima bagi pengesahan identiti. Pelanggan perlu memohon gantian MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Not necessary if the chip-based MyKad is functioning well. If the MyKad cannot be read, is damaged, has chip issues or is not chip-based, the customer is advised to replace it at National Registration Department (JPN).
Tidak perlu jika MyKad bercip berfungsi dengan baik. Jika MyKad gagal dibaca, rosak, cip bermasalah atau kad tidak bercip, pelanggan dinasihatkan menggantikannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Data & PrivacyData & Privasi
According to the Government FAQ, eligibility matching is handled through the Government-owned central BUDI MADANI database with security and data protection compliance.
Menurut Soalan Lazim (FAQ) Kerajaan, padanan kelayakan dibuat melalui pangkalan data berpusat BUDI MADANI milik Kerajaan dengan pematuhan keselamatan dan perlindungan data
For questions related to personal data protection and the Personal Data Protection Act (PDPA), please refer to the official BUDI MADANI channels or the relevant payment application.
Untuk soalan berkaitan perlindungan data peribadi dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), sila rujuk saluran rasmi BUDI MADANI atau aplikasi pembayaran yang berkaitan.
MyDigital ID is used to verify digital identity and secure online transactions. For registration, login or MyDigital ID technical issues, refer to the BUDI MADANI portal or the official MyDigital ID website.
MyDigital ID digunakan untuk mengesahkan identiti digital dan keselamatan transaksi dalam talian. Untuk pendaftaran, log masuk atau masalah teknikal MyDigital ID, rujuk portal BUDI MADANI atau laman rasmi MyDigital ID.
Contact & ChannelsHubungi & Saluran
No. Eligibility checking is under the Government system.
Tidak. Semakan dan keputusan kelayakan adalah di bawah sistem Kerajaan.